Wednesday, June 8, 2011

Kejam sungguh


Masukkan daging babi dalam kasut jemaah masjid


E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
LONDON: Seorang lelaki memasukkan daging babi ke dalam kasut
penduduk Islam yang ditinggalkan di luar masjid ketika mereka menunaikan solat.
Jamie Knowlson, 30, yang melakukan perbuatan itu ketika
mabuk, juga meninggalkan kepingan daging babi pada pagar sekeliling masjid berkenaan.


Sebuah mahkamah di sini diberitahu, ketika meninggalkan tempat
berkenaan, Knowlson menjerit ke arah jemaah di dalam masjid: “Lain kali saya akan
melakukan lebih teruk daripada ini.
Orang terkutuk.” Knowlson melakukan perbuatan jahat itu di Masjid Al-Baseera di St Judes,
Bristol yang sering dikunjungi kira-kira 2,000 umat Islam keturunan Somalia.
Apabila ditangkap berhampiran masjid itu, dia memberitahu polis, dia hanya bergurau.


Dia kemudian mengaku menyedari perbuatan itu menyakitkan
hati umat islam dan kembali ke masjid itu untuk meminta maaf.


Hakim mengenakan hukuman penjara tertangguh enam bulan
kerana Knowlson sudah meminta maaf.
Imam Masjid Al Baseera, Mubarak Mohamud berkata: “Kami terkejut
dengan perbuatannya tetapi kami diajar untuk bersabar
dan bertolak ansur.” - Agensi
Kongsi artikel ini menerusi media sosial

No comments: